The Truth Lies Beneath

nobody will ever realize.. coz the truth lies beneath...

Monday, April 09, 2007

Truth #2: It's painful to know...

Satu hari kakak C menceritakan padaku satu cerita yang ibuku ceritakan padanya mengenai aku.

Jarak selepas ibuku melahirkan kakak atas aku dan mengandungkanku adalah sangat dekat. Bayangkan, bulan 12 kakak aku lahir, bulan Februari dua tahun berikutnya aku pula lahir.

Dan cerita yang kudengar ini sangat memeranjatkan...

Ibuku sebenarnya pernah makan nenas selepas mengetahui dia mengandungkan aku!!!

Aku terus tergamam, tak tahu nak sedih ke nak buat tak tahu... Maknanya dulu ibuku pernah ingin menggugurkan kandungannya (aku). Sebabnya, takut merbahaya sebab terlalu rapat dengan kakakku.

Sedih? Mestilah sedih... Tapi aku terpaksa simpan dalam hati. Kalau ibuku tahu aku tahu rahsia ni, pasti dia turut sedih....

Dulu antara aku dan 3 lagi sepupuku yang lahir pada tahun 1980, akulah anak yang paling lambat merangkak, paling lambat bercakap.. kiranya semua yang last-last saja. Ibuku juga sedih kerana menjadi umpatan orang. Dan bila aku yang paling cemerlang dalam PMR dan SPM, ibuku sangat bangga. Mungkin aku sekarang dah faham kenapa ibuku lebih sayangkan aku...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home