The Truth Lies Beneath

nobody will ever realize.. coz the truth lies beneath...

Monday, July 09, 2007

Truth #6: Bodohnya aku...

Bodohnya aku...
Bodohnya aku...
Bodohnya aku...
Bodohnya aku...
Bodohnya aku...

Kenapa bodoh sangat aku ni???

BODOH = AKU
AKU = BODOH

Kenapa? Tak tau.. tapi aku memang bodoh la!!!

Wednesday, April 11, 2007

Truth #5: Syiah vs Sunnah

Semua orang beranggapan di Malaysia semua orang Islam berpegang pada Ahli Sunnah wal Jamaah. Tahukah anda Syiah juga terdapat di Malaysia?

Kenapa aku boleh tahu? Kerana ketua Syiah Malaysia ialah bapa sepupuku sendiri!

Sejarahnya begini, bapa sepupuku dulu pernah ke Iran untuk membuat kajian dan perbandingan di antara Sunnah dan Syiah. Akhirnya dia tertarik dengan ajaran Syiah dan balik ke Malaysia dengan berpegang pada Syiah. Ajaran ini terus dikhabarkan kepada keluarga terdekat. Antara 9 orang adik beradik ibu aku, 6 orang kini berpegang pada ajaran Syiah!

Apa bezanya Syiah ni? Aku pun tak pasti, yang aku tau kalau lawan dari segi akidah, Syiah boleh kalah. Syiah ni kuat dari segi Feqah. Feqah tu apa? Cari sendiri haha

Aku nak cerita sikit lah sebab sepupu aku ramai yang turut ikut bapak diorang yang Syiah.
1) Kalau berbuka puasa, diorang ni lambatkan lagi 5 minit camtu. Kalau kita selalunya lagi dapat pahala sunat kalau terus berbuka kan.
2) Kalau sembahyang, diorang ni boleh Jama' dan Qasar sepanjang masa, atas alasan hidup di dunia ni musafir. Tempat sebenar adalah akhirat kelak. Jadi pemandangan bermain badminton di waktu maghrib tu biasalah.
3) Yang memang kuat dalam Syiah ni ialah kahwin kontrak, yang mana boleh kahwin dalam tempoh tertentu. Contoh aku kawin dengan kau 3 tahun saja, dan ini boleh mengelakkan kes pelacuran.
4) Syiah ni anti-hadis, terutamanya hadis tak sahih. Walaupun hadis tak sahih tu bagus untuk umat Islam lebih kuat beribadah, contohnya macam solat tarawih ke, diorang tak pakai. Selalu sepupu aku cakap "sebab hadis yang tak sahih tu semua orang berkejar pergi solat tarawih, padahal tak sahih". Kira macam buat penat je la. Tapi bagi aku setiap ibadah kalau atas nama Allah, Allah akan bagi ganjaran, tak kira la besar atau kecik, tak kira la ada dalam hadis atau tidak.

Aku pun nak mintak maaf lah kalau maklumat di atas salah.

Aku cuma harap lah, janganlah sebab berlainan pegangan, ahli keluarga ibuku jadi pecah belah.

TOL naik TOLak bn
















Kerajaan ni bukan ke kerja dia memberi perkhidmatan pada rakyat? Sediakan sekolah, sediakan tempat ibadah, sediakan jalan raya.. semuanya untuk rakyat, lagipun rakyat bayar cukai.

Ada ke patut seorang Menteri cakap "kalau nak free semua susahlah..." , memang tak logik. Habis kerajaan takde duit la, boleh bisnes plak dengan rakyat yang dah sedia susah...

Lepas tu keluar pula kenyataan dari seorang Perdana Menteri yang ekonomi negara berada di tahap yang terbaik.. memang ekonomi di tahap terbaik iaitu ekonomi menteri-menteri lah.. ekonomi rakyat dia tak nampak... semakin ramai yang buat 2 kerja dalam satu hari sebab nak cover bayar berjenis caj di Malaysia ni...

Tuesday, April 10, 2007

Truth #4: Ada apa denganku?

Lembut? Lembik? Pondan? Jambu?

Inilah antara perkataan yang betul-betul merendahkan diri aku ke tahap yang kritikal. Dari budak-budak kecil hingga lah ke member seangkatan, ada yang menyebut perkataan sial ni depan aku.

Macamana aku nak mengubah warna kulit? Cara berjalan? Cara bercakap? Perlukah aku merokok supaya bibir aku hitam dan tak nampak macam jambu? Perlukah aku jadi pendiam supaya aku tak banyak senyum? Macam tu ke lelaki sebenar? Boleh tak sapa-sapa bagitau aku??

Dari kecil hingga besar memang ini yang paling menyeksa hidup aku. Rasanya sama macam orang gemuk yang diejek kerana memiliki badan yang gemuk, dan dia tak boleh buat apa-apa untuk mengubahnya!

Life is unfair. Walaupun aku bersyukur kerana memiliki tubuh badan yang sempurna, tapi rasa rendah diri menyebabkan aku jadi murung. Kadangkala kalau berselisih dengan perempuan pun aku tundukkan muka. Rasa macam tak ada perempuan pun akan minat dengan aku. Ada ke?

But life must go on... just put it aside.. and live!

Truth #3: I love my brother

Kalau dilihat dari segi luaran hubungan aku dan adikku yang bongsu, memang nampak kurang mesra. Sebab memang dari kecil kami selalu bergaduh sampai la besar. Adik aku ni kontras dengan perangai aku, kira kalau aku ni kucing, dia anjinglah ;-) hehe

Memang dari kecil adikku ni memang suka mempersendakan aku depan mak dan ayah. Kalau aku di sekolah menengah dan universiti pun dia banyak jadi penasihat tak bertauliah pada mak dan ayah. Aku pun tak faham. Aku pulak jenis yang suka berdiam diri. Lantaklah dia nak kata apa, dia kena ingat dia tu adik aku dan dia akan mengalami perkara yang sama bila besar nanti.

Dan sekarang nah, padan muka.. hehe... sebab dia lagi banyak pakai duit belanja kat universiti berbanding aku. Aku diam aje lah sebab dia tu senang memberontak.

Tapi walaumacamanapun, aku sedar dia tetap adik aku. Ada kakak aku cakap dia tu macam jeles sikit sebab mak lebih bagi tumpuan pada aku. Cuma dia terlalu dimanjakan dan hasilnya sekarang dia merokok dan banyak pakai duit. Tak ada sapa pun berani tegur sebab dia tu suka memberontak. Jadi semua biarkan saja. Apa daya aku??? Betul ke cara mak ayah aku buat ni?

Harapan aku adik aku buangkan tabiat merokok tu, sebab banyak menghabiskan duit. Dan memang aku sayang adik aku tu...

Monday, April 09, 2007

Truth #2: It's painful to know...

Satu hari kakak C menceritakan padaku satu cerita yang ibuku ceritakan padanya mengenai aku.

Jarak selepas ibuku melahirkan kakak atas aku dan mengandungkanku adalah sangat dekat. Bayangkan, bulan 12 kakak aku lahir, bulan Februari dua tahun berikutnya aku pula lahir.

Dan cerita yang kudengar ini sangat memeranjatkan...

Ibuku sebenarnya pernah makan nenas selepas mengetahui dia mengandungkan aku!!!

Aku terus tergamam, tak tahu nak sedih ke nak buat tak tahu... Maknanya dulu ibuku pernah ingin menggugurkan kandungannya (aku). Sebabnya, takut merbahaya sebab terlalu rapat dengan kakakku.

Sedih? Mestilah sedih... Tapi aku terpaksa simpan dalam hati. Kalau ibuku tahu aku tahu rahsia ni, pasti dia turut sedih....

Dulu antara aku dan 3 lagi sepupuku yang lahir pada tahun 1980, akulah anak yang paling lambat merangkak, paling lambat bercakap.. kiranya semua yang last-last saja. Ibuku juga sedih kerana menjadi umpatan orang. Dan bila aku yang paling cemerlang dalam PMR dan SPM, ibuku sangat bangga. Mungkin aku sekarang dah faham kenapa ibuku lebih sayangkan aku...

Truth #1: I don't even think about it!!!

Peristiwa ini berlaku pada sekitar tahun 2005. Aku pada masa itu menumpang di rumah kakakku, kakak A di Cheras. Pada satu hari tanganku bengkak dan berdenyut-denyut di bahagian jari. Semua orang tak tahu sebab tanganku bengkak. Memang sakitnya tak terkata, dan aku pun ajak kakak A ke rumah tukang urut, mungkin dapat dikurangkan bengkaknya dan tahu puncanya. Tapi kakak A sibuk kerana ada kenduri di rumahnya keesokan harinya untuk menyambut keluarga saudara suaminya.

Disebabkan bengkak tanganku yang semakin berdenyut-denyut, aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah satu lagi kakakku yang berhampiran dengan rumahnya. Bila sampai di rumah kakak B, dia terus bertanya "Kenapa? Apa cerita?". Lantas dengan spontan aku menjawab "Sakit tangan, takde orang nak peduli kat rumah kakak A".

Maka dengan jawapan yang pendek dan tak bermakna tu, segalanya bermula.

Malam itu ibuku dari kampung menelefon kakak B untuk memberitahu dia ingin ke Kuala Lumpur keesokan harinya dan ingin kakak B membuat persiapan hidangan laksa. Seterusnya kakak B menelefon kakak A untuk memintanya membeli ikan untuk dijadikan kuah laksa.

Kakak A: Apa yang kamu beritahu mak sampai mak nak datang KL?!? Nanti mak ingat kita tak pandai jaga adik!!

Kakak B: Kenapa tiba-tiba marah ni? Aku tak beritahu mak apa-apa lah! Kamu tu tak pedulikan adik!

.. dan terus kakak A meletakkan telefon. Aku masih tidak menjangka apa yang akan terjadi. Kakak A memang agak pemarah orangnya dan kakak B pun kalau dijolok akan keluar la tebuan dari sarangnya cari mangsa ;-)

Selepas 10 minit, kakak A menelefon rumah kakak B. Kakak B menjawab panggilan dan memanggil aku sebab kakak A ingin bercakap dengan aku. Aku dengan selambanya memberi salam, dan berikut adalah perbualan yang masih aku ingat sampai sekarang...

Kakak A: Adik, apa adik beritahu kakak B haa? Sampai hati adik cakap kakak A tak pedulikan adik!!

Aku: Adik mana ada cakap macam tu.. bukan macam tu...

Kakak A: Habis tu kakak B cakap macam tu! Kalau kakak tak pedulikan adik, takde la masa dok sarat mengandung dulu kakak temankan adik pegi hospital! ...

... dan seterusnya bebelan yang aku tak tersangka keluar dari mulut kakak A. Aku tersentap, terkejut, lidahku kelu. Aku cuma mampu mendengar leteran dari kakak A sampai habis. Dan akhirnya... PAPP!!! Kakak A meletakkan gagang telefon tanpa ada ucapan selamat atau salam. Dengan tanganku masih menggenggam gagang telefon, tanpa aku sedar, air mata mengalir deras.

Kakak B yang dari tadi mendengar perbualan dari telefon di tingkat atas turun mendapatkan aku. Aku terus mengesat airmata takut-takut kakak B perasan.

Kakak B: Adik OK ke?

Aku: Ok je. Tak apalah. Biarlah dia nak kata apa pun.

Kataku menyembunyikan perasaan sebenar.

...

Suasana menjadi suram dan senyap. Kakak B masuk ke bilik tidur dan aku, tidur dengan air mata terus mengalir tanpa sedar.

...

Selepas malam itu, aku bertekad tidak akan mengadu kepada kakak A lagi jika aku sakit atau mengalami kemalangan. Biarlah dia dapat berita daripada orang lain.

Introduction

Having a dark side of life is actually very normal to every human being. Sometimes not to let others know the secret is the best way to give the best in life.

This very brief blog is an emotional and positive thought to all my pains, which I myself couldn't tell anybody, including my family. I know there will be no more secrets when I reveal all the secrets of my life. Perhaps this will reduce my high blood pressure, and give me a "piece of peace" in my mind.